THIS BLOG IS FOR SGDT 3023 ICT IN EDUCATION

Saturday, February 27, 2010

LUAHAN RASAKU...

Berakhirnya satu penantian.. Alhamdulillah, yang dinanti2 n dtunggu2 dah pn berakhir arini..peksa dah abis, argh....!!!! lepaskan segala yang t'buku n t'pendam..bkn pe, skadar nk release tension ku ini.. blh jwb ke x? yg lepas,biarkan berlalu.. jnji tgjwb kita as a student dah t'tunai.. redha je laa klu xleh jwb pun.. huhu... mmm, so pasni blh laa relax sket..relax minda.. dpt plk cuti sbulan.. cuti study,bkn cuti skolah tau.. so,cuti skolah tgh bln ni blh laa pg cuti-cuti malaysia ngn famili msg2.. yg nak kawen dlm cuti ni, slmt pengantin baru diucapkan..

Kerja kat skolah? emmm,byk laa jgk.. tmbh2 plk kt skolh br ni kna ajar subjek bi.. kna prepared lah mn yg ptt sbb xpnh mngajr bi sblm ni.. tp bila bkerja n bljr dlm masa yang sama sdikit sbanyak bg effect pd diri (bgku laa,org lain xtau laa pulek)...tp apa2 pun subjek ICT IN EDUCATION ni mmg interesting sgt (wlpn exam xleh jwb, huhu..sdeyh) n telah byk m'dpt imput berguna spnjang mengikuti kursus ini.. nah, lihatlah hasilnya.. dr ktorg ni zero, xtau ape2 xpraktik n xtau psl blog, access n publisher, skang smua dah ada sorang satu.. dl mmg xde blog, skng dah ade dah (canggih plk tu) dr xtau lgsug psl access dah tau buat dah skang, buat buletin pkai publisher mmg xterfikir akan blajar smua ni dlm kuliah En Nan..

Ikhlas ckp laa, sy mmg xpnh buat presentation sblm ni sbb self-confident kurang dlm diri, tp dlm kuliah En Nan sy blh lakukan presentation utk tugasan ms access (wlpn org xbrape nk paham sgt).. mmm, klu nk story mmg xabis.. sng crita mmg byk pembaharuan dlm diri (diriku laa, yg lain xtau).. thanks a lot En Nan coz menjadikan diriku dan rakan ku insan yg celik IT sterusnya boleh menggunakan ilmu yang diajar untuk mengajar anak didik kami pula..
i'm proud to be apart of this...

BULLETIN TERBITANKU...

Saturday, February 13, 2010

PERLU DIBERI PERHATIAN!!! RAHSIA DISEBALIK TARIAN POCO-POCO YANG SEBENARNYA BERBENTUK SALIB!!


Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dengan izinNya. Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yang beragama Islam terutama ketika manghadiri kursus. Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yang beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib. Mungkin kita tidak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yang baru tanpa usul periksa.

Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. Cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama-sama fikirkan. Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan daripada kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak menarikan lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini, asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini, agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan keasyikkan menarikan tarian ini.

Dipetik dari sumber iluvislam.com

Wednesday, February 10, 2010

KETAHUILAH TENTANG KELEBIHAN VITAMIN C DALAM ROSELLE...


Roselle
(hibiscus sabdariffa), atau dikenali sebagai pokok asam paya merupakan tumbuhan yang amat tinggi kandungan vitamin C melebihi 20 kali ganda dari yang terdapat dalam keluarga limau (citrus). Vitamin C merupakan anti-oksidan yang terbaik bagi mencegah kerosakan sel hasil dari proses oksidatif dan tindakbalas kimia dalam tubuh. Ia juga sejenis vitamin larut air. Sekiranya diambil berlebihan ia akan dikumuhkan melalui air kencing sahaja.


Roselle tumbuh meliar dengan banyaknya di Sudan. Antara kelebihan Roselle adalah :

1. Anti-penuaan (anti-aging)
Banyak saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia meminimakan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas.

2. Pencegahan penyakit kardiovaskular
Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia. Dikenali sebagai ‘the silent killer’. Proses oksidan juga menyebabkan kolesterol LDL1 menebal di arteri2 menyebabkan berlaku kesumbatan arteri. Ini menyebabkan terjadinya penyakit arteriosklerosis3 dan trombosis4 yang membawa maut. Ia juga menjadi punca penyakit tekanan darah tinggi.

3. Pencegahan kanser
Masyarakat yang tinggal di kawasan bandar dan industri terdedah kepada pelbagai pencemaran radiasi, makanan, air dan udara. Risiko terjadinya kanser amat tinggi. Pengambilan Roselle amat baik untuk tujuan pencegahan terutama kanser ‘gastrointestinal’. Mereka yang sering terdedah kepada asap rokok dan pencemaran udara perlu mengambil Roselle sebagai usaha pencegahan penyakit ini.

4. Demam panas dan selsema terutama pada anak-anak kecil
Roselle cepat meredakan panas badan. Daun dan buahnya yang segar boleh dibuat penjaram5, di samping diminum sebagai jus. Rasanya yang masam-masam manis menjadi kegemaran tua dan muda, khasnya anak-anak.

5. Resdung (alergi) dan asma (lelah)
Mempercepatkan proses kesembuhan terutama bersin pagi, mata berair, hidung tersumbat serta gatal-gatal muka adalah menjadi tugas Roselle. Pengambilan bersama herba anti-histamin seperti coscinium plus menambahkan lagi kesan penyembuhan. Roselle juga dipercayai mampu menghilangkan asma serta alergi jika diamalkan berterusan.

6. Stress atau sukar tidur (insomnia)
Stress merupakan masalah rutin masyarakat hari ini. Mereka yang stress kronik perlu mengambil 4–5 biji Roselle setiap hari sebelum tidur. Ia akan bertindak menurunkan suhu badan dan mempengaruhi mood pesakit. Bertindak sebagai ‘penenang’, ia juga mengurangkan dengkur kuat semasa tidur. Roselle juga digunakan sebagai pengubat luka, selepas pembedahan, kecederaan dan lain-lain lagi.

Sumber Oleh: hpaonline

Monday, February 01, 2010

RAHSIA SUJUD : PERKEMBANGAN OTAK

Persatuan Islam Kebangsaan Malaysia (MICNA) Jordan mengenal pasti sesiapa yang tidak menunaikan sembahyang maka otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara sempurna. Jurucakap MICNA Jordan berkata, ini bererti darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika seseorang itu sujud ketika solat.





Di dalam Majalah Buletin Bulanan MICNA, jurucakap persatuan ini membuat kenyataan bahawa;
"Darah akan memasuki bahagian urat tersebut mengikut kadar solat yang telah diwajibkan oleh Islam".
Ini diakui sendiri oleh seorang doktor neurologi di Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban di dalam penyelidikannya itu. Doktor tersebut mendapati dalam kajiannya urat pada saraf manusia memerlukan darah untuk beberapa sukatan tertentu sahaja.

Doktor neurologi tersebut tertarik untuk memeluk Islam semasa membuat kajian saraf yang dilakukan, iaitu terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia tidak dimasuki darah walaupun sepatutnya setiap inci otak manusia memerlukan darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.

Kini doktor tersebut memeluk Islam dan beliau telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan melalui- Al-Quran". Beliau juga membuat ubat-ubatan berdasarkan kajian melalui Al-Quran dan Hadis Nabawi. Di antara kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black Seed).

Manusia yang tidak bersembahyang apatah lagi yang bukan Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya mereka akan hilang pertimbangan apabila membuat keputusan secara normal.

Justeru itu, tidak hairan ada di antara manusia kadang-kadang tidak segan silu untuk melakukan perkara bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka mengetahui perkara yang akan dilakukan adalah salah. Ini kerana otak mereka tidak boleh mempertimbangkannya secara normal......


Dipetik dari sumber iluvislam.com