THIS BLOG IS FOR SGDT 3023 ICT IN EDUCATION

Friday, January 22, 2010

Renungan Bersama....


Jejak-Jejak Kejayaan


SEDUTAN SAJAK DARIPADA NOVEL JULIA


Yakinlah kepada Tuhan
Tidak semua yang kita rancang menjadi kenyataan
kerana

itulah fitrahnya

atau tiba-tiba sahaja halangan mendatang
kita harus percaya
ini tidak bermakna
berakhir segala-galanya
dan akhirnya
kita akan muncul

di tangga teratas
Jadi biar apa pun yang kita lakukan
jangan mengalah
kita mesti teruskan usaha
biar bagaimanapun hidup kita beredar
kerana apa yang menanti kita di hadapan sana
tiada siapa yang tahu
kita harus percaya
bahawa yang baik itu pasti akan menang
dan tidak lama lagi
ada sebab untuk kita bergembira
jadi, biar apa pun yang kita lakukan
jangan mengalah!

ARTIKEL UNTUK DIKOMEN 4

Tajuk : Penyalahgunaan Internet di Kalangan Mahasiswa
http://www.scribd.com/doc/13408124/PENYALAHGUNAAN-INTERNET-DI-KALANGAN-MAHASISWA-KAJIAN-KES-DI-UiTM

ABSTRAK

Penyalahgunaan Internet telah berlaku hampir di seluruh dunia hari ini termasuk di kalangan masyarakat Malaysia. Ini menunjukkan bahawa masih ada pengguna Internet yang tidak tahu bagaimana untuk mengawal tingkah laku mereka semasa menggunakan teknologi Internet. Pastinya penyalahgunaan Internet sebegini telah menimbulkan gambaran negatif kepada manusia yang tidak mengetahui tentang Internet. Pusat Keselamatan Siber Malaysia (NISER) yang merupakan sebuah institusi yang mengendalikan keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi negara mengesan lebih 1,200 aduan membabitkan jenayah Internet melalui Pusat Aduan Awamnya sepanjang tahun 2006, yang sebahagian besar membabitkan kes penipuan siber, termasuk pelaburan haram melalui Internet. Berdasarkan kepada sumber dan laporan di atas, maka penyalahgunaan Internet adalah di anggap sebagai satu jenayah yang perlu diberi perhatian serius. Namun oleh kerana jenayah tersebut dilakukan melalui Internet atau alam siber maka ia dinamakan jenayah siber. Kajian ini membentangkan sejauh mana jenayah siber telah berlaku di Malaysia dalam konteks mahasiswa. Dua kaedah telah digunakan dalam menjalankan penyelidikan ini iaitu kaedah analisis dokumen dan soal selidik. Kaedah persampelan yang digunakan ialah Persampelan Kawasan atau Area Sampling dan saiz sampel didapatkan melalui kaedah Persampelan Quota. Daripada analisa yang telah dibuat, kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat jenayah-jenayah siber yang agak berat di kalangan mahasiswa, namun masih ada segelintir mahasiswa yang masih melakukan beberapa jenayah siber yang lain walaupun sedikit. Ini memerlukan keprihatinan semua pihak khususnya mereka yang terlibat dalam institusi pendidikan dan ICT di Malaysia.

ARTIKEL UNTUK DIKOMEN 3

Tajuk : Penggunaan Komputer dalam P&P
http://74.125.155.132/search?q=cache:8VMiqnx95ccJ:www.pibgsekolah.com/anaini/file/KAJIAN%2520KES.doc+penggunaan+komputer+dalam+pengajaran+dan+pembelajaran&cd=4&hl=en&ct=clnk&gl=my

ABSTRAK

Penggunaan komputer dan pelbagai perisian telah banyak digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini telah memberi impak terhadap pendidikan di Malaysia. Bagi membantu guru-guru sains dan matematik melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matemtik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), pihak kementerian telah membekalkan peralatan ICT ke sekolah-sekolah termasuk CD perisian kursus. Guru-guru juga telah dihantar mengikuti kursus pendedahan penggunaan komputer termasuk penggunaan internet dalam pengajaran. Sekolah-sekolah juga telah dilengkapkan dengan kemudahan talian internet tanpa wayar bagi kemudahan guru-guru dan pelajar menggunakan internet dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini merupakan kajian tinjauan tentang tahap penggunaan media komputer dalam pengajaran sains dan matematik di kalangan guru-guru sains dan matematik daerah Temerloh. Fokus diberikan ke atas penggunaan perisian kursus dan internet. Respondennya terdiri daripada 18 orang guru sains dan 15 orang guru matematik daripada empat buah sekolah di daerah Temerloh. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik dan analisa dibuat dalam bentuk peratusan. Kajian bertujuan untuk melihat sejauh mana guru-guru sains dan matematik menggunakan perisian kursus yang dibekalkan dan kemudahan internet dalam pengajaran mereka. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru sains telah menyahut cabaran ini dengan baik di mana 83% daripada guru-guru selalu menggunakan perisian kursus yang dibekalkan dalam pengajaran mereka. Namun dalam kalangan guru-guru matematik ia masih dalam kategori sederhana. Hanya 62% guru-guru menggunakannya. Penggunaan internet masih berada pada tahap yang rendah iaitu 31% dikalangan guru-guru sains dan 22% di kalangan guru-guru matematik. Beberapa cadangan diberikan bagi membantu guru-guru menggunakan kedua-dua kemudahan ini dengan lebih kerap dan berkesan.


Tuesday, January 19, 2010

ARTIKEL UNTUK DIKOMEN 2


PENDAHULUAN

Secara umum perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan adalah ekoran daripada perubahan kemajuan ciptaan manusia. Perubahan kini apa yang dikatakan sebagai ‘gelombang ketiga’ diperkatakan oleh Alvin Toffler (1983) merupakan suatu perubahan kepada tamadun dunia.Perubahan ini adalah perubahan kepada tamadun manusia menuju abad ke-21. Sebagai contoh perkembangan teknologi komputer dan selanjutkan perkembangan ICT (Information Communication and Technology) telah banyak mempengaruhi sistem pendidikan kini. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi maklumat telah memangkinkan pembangunan ekonomi, fizikal, sistem komunikasi dan telekomunikasi, pengangkutan, elektronik serta robotik dengan meluas dan pantas. Kemajuan ini jelas diperhatikan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, Jerman, Perancis, Jepun dan Korea. Oleh yang demikian, Matnor Daim (1997) menyatakan bahawa pembelajaran di abad 21 akan banyak bergantung kepada teknologi maklumat khususnya penggunaan komputer. Perubahan ini secara langsung melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran dan pentadbiran pendidikan. Perkembangan teknologi komputer dan internet dalam system pendidikan telah meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran. Strategi pembelajaran menggunakan komputer dan internet dalam pendidikan menunjukkan banyak peningkatan dari segi pengetahuan, kecekapan dan kemahiran. Banyak kajian-kajian berasaskan komputer dan multimedia dan internet yang disebut sebagai pembelajaran berasaskan computer meninggalkan kesan positif terhadap proses pembelajaran (Tylor, 1980). Namun demikian, realiti impirikal di pusat pengajian tinggi memperlihatkan proses pembelajaran tidak digunakan secara optima dan memanfaatkan sumber pembelajaran melalui internet dan pusat sumber elektronik, karena dalam proses pembelajaran di pusat pengajian tinggi masih ada kecenderungan pembelajaran berpusat pada pensyarah (teacher centered), ‘textbook centered’, dan ‘monomedia’. Adalah tidak dapat dipersalahkan apabila terdapat ramai pelajar mengganggap proses pembelajaran di pusat pengajian tinggi sebagai sesuatu yang membosankan. Sebenarnya pendidikan dipusat pengajian tinggi merupakan ‘synthetic science’, karena konsep, generalisasi, dan temuan-temuan penelitian ditentukan atau diobservasi setelah fakta yang terjadi. Informasi fakta tentang kehidupan sosial atau masalah-masalah kontemprori yang terjadi di masyarakat dapat ditemukan dalam penerokaan (exposure) media massa, karena media massa diyakini dapat menggambarkan realiti sosial dalam berbagai aspek kehidupan.



Wednesday, January 13, 2010

ARTIKEL UNTUK DIKOMEN 1

Tajuk : Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan
http://www.scribd.com/doc/3825793/Teknologi-Maklumat-Dalam-Pendidikan

PENDAHULUAN

Perkembangan Teknologi Maklumat begitu dinamik termasuk juga di bidang pendidikan. Sebagai seorang pendidik, kita perlu menguasai kemahiran Teknologi Maklumat dalam menyempurnakan tugas proses pengajaran dan pembelajaran. Era teknologi maklumat di zaman ini merupakan satu pembaharuan yang telah memberikan kesan yang mempengaruhi perkembangan sesebuah organisasi yang bergantung kepada teknologi ini. Informasi memberikan maksud data yang telah diproses menjadi panduan dan juga landasan bagi membuat sesuatu keputusan seperti yang dinyatakan oleh Davis dan Olson “a data that has been processed into a form that is meaningful to the recipient and is of real perceived value in current or perspective decisions”. Maklumat (Information) ialah data yang telah disusun supaya ia mempunyai maksud dan nilai kepada penerima. Penerima mentafsir maksud serta membuat kesimpulan dan implikasinya. Data yang diproses oleh sesuatu program aplikasi menggambarkan kegunaannya yang lebih spesifik dan mempunyai nilai tambah berbanding capaian ringkas daripada sesebuah pangkalan data. Maklumat juga boleh didefinisikan sebagai satu data yang boleh digunapakai dan dieksploitasi untuk mencari maklumat baru sehingga berjaya mengubah ataupun menambah sesuatu keputusan yang telah dibuat. Maklumat juga boleh mengurangkan keraguan dan juga kekeliruan berkaitan sesuatu perkara, kenyataan dan juga kejadian yang berlaku. Teknologi pula boleh difahami sebagai satu mekanisme atau kaedah baru dalam melakukan atau menghasilkan sesuatu yang mana ianya melibatkan ilmu pengetahuan dan juga kepakaran yang pelbagai. Teknologi membawa kepada perubahan yang besar dengan kualiti dan kuantiti sesebuah produk dihasilkan bersama. Teknologi maklumat pula bermaksud kepakaran dalam bidang pengurusan dan bermula daripada penghasilan sehinggalah penyampaian ke Teknologi Maklumat dalam Pendidikan pengguna terakhir dan ianya berkesinambungan dan berterusan sehinggalah objektif tercapai. Teknologi maklumat (IT) sangat relevan dan penting kepada sesebuah organisasi yang ingin syarikatnya berkembang dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. Dewasa ini, di Malaysia khususnya, banyak syarikat telah berlumba-lumba untuk menggunakan teknologi maklumat ini secara maksima dan ianya amat jelas diaplikasikan pada syarikat yang berskala besar. Ia juga tidak terkecuali di dalam bidang pendidikan. Sedar atau tidak, ia telah menjadi satu gelombang yang telah mempengaruhi pendidikan di negara kita dari segi penyediaan infrastruktur juga kepada pengajaran dan pembelajaran. Pihak Kementerian Pelajaran mula memberikan penekanan kepada aspek ini dan dengan itu, wujudnya sekolah bestari di Malaysia, makmal komputer di sekolah – sekolah dan penggubalan kurikulum pelajaran yang berasaskan teknologi maklumat.

Sunday, January 10, 2010

Assalamualaikum....

Terima kasih kerana sudi melawat ke blog ini.. Diharap informasi yang disediakan di blog ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.. Sudi-sudikanlah diri anda untuk meninggalkan komen serta pendapat anda di blog ini..

Terima Kasih....