http://www.scribd.com/doc/16660458/Kelebihan-dan-kelemahan-penggunaan-sumber-dan-perkhidmatan-internet-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran
Secara umum perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan adalah ekoran daripada perubahan kemajuan ciptaan manusia. Perubahan kini apa yang dikatakan sebagai ‘gelombang ketiga’ diperkatakan oleh Alvin Toffler (1983) merupakan suatu perubahan kepada tamadun dunia.Perubahan ini adalah perubahan kepada tamadun manusia menuju abad ke-21. Sebagai contoh perkembangan teknologi komputer dan selanjutkan perkembangan ICT (Information Communication and Technology) telah banyak mempengaruhi sistem pendidikan kini. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi maklumat telah memangkinkan pembangunan ekonomi, fizikal, sistem komunikasi dan telekomunikasi, pengangkutan, elektronik serta robotik dengan meluas dan pantas. Kemajuan ini jelas diperhatikan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, Jerman, Perancis, Jepun dan Korea. Oleh yang demikian, Matnor Daim (1997) menyatakan bahawa pembelajaran di abad 21 akan banyak bergantung kepada teknologi maklumat khususnya penggunaan komputer. Perubahan ini secara langsung melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran dan pentadbiran pendidikan. Perkembangan teknologi komputer dan internet dalam system pendidikan telah meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran. Strategi
1 ulasan:
banyok laa ja cari bahan...cari ko ambo getek aa....
Post a Comment