THIS BLOG IS FOR SGDT 3023 ICT IN EDUCATION

Friday, January 22, 2010

ARTIKEL UNTUK DIKOMEN 4

Tajuk : Penyalahgunaan Internet di Kalangan Mahasiswa
http://www.scribd.com/doc/13408124/PENYALAHGUNAAN-INTERNET-DI-KALANGAN-MAHASISWA-KAJIAN-KES-DI-UiTM

ABSTRAK

Penyalahgunaan Internet telah berlaku hampir di seluruh dunia hari ini termasuk di kalangan masyarakat Malaysia. Ini menunjukkan bahawa masih ada pengguna Internet yang tidak tahu bagaimana untuk mengawal tingkah laku mereka semasa menggunakan teknologi Internet. Pastinya penyalahgunaan Internet sebegini telah menimbulkan gambaran negatif kepada manusia yang tidak mengetahui tentang Internet. Pusat Keselamatan Siber Malaysia (NISER) yang merupakan sebuah institusi yang mengendalikan keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi negara mengesan lebih 1,200 aduan membabitkan jenayah Internet melalui Pusat Aduan Awamnya sepanjang tahun 2006, yang sebahagian besar membabitkan kes penipuan siber, termasuk pelaburan haram melalui Internet. Berdasarkan kepada sumber dan laporan di atas, maka penyalahgunaan Internet adalah di anggap sebagai satu jenayah yang perlu diberi perhatian serius. Namun oleh kerana jenayah tersebut dilakukan melalui Internet atau alam siber maka ia dinamakan jenayah siber. Kajian ini membentangkan sejauh mana jenayah siber telah berlaku di Malaysia dalam konteks mahasiswa. Dua kaedah telah digunakan dalam menjalankan penyelidikan ini iaitu kaedah analisis dokumen dan soal selidik. Kaedah persampelan yang digunakan ialah Persampelan Kawasan atau Area Sampling dan saiz sampel didapatkan melalui kaedah Persampelan Quota. Daripada analisa yang telah dibuat, kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat jenayah-jenayah siber yang agak berat di kalangan mahasiswa, namun masih ada segelintir mahasiswa yang masih melakukan beberapa jenayah siber yang lain walaupun sedikit. Ini memerlukan keprihatinan semua pihak khususnya mereka yang terlibat dalam institusi pendidikan dan ICT di Malaysia.

6 ulasan:

Muhamad Abdul Rahman 202110 said...

Internet kini merupakan suatu kemestian dalam kehidupan terutama kepada para pelajar peringkat pengajian tinggi, lebih-lebih lagi dalam dunia penuh cabaran dan arus globalisasi.
setiap maklumat kini boleh diperolehi dengan mudah.
walau bagaimanapun, setiap perkara pasti ada yang baik dan buruknya, ia bergantung kepada cara kita menggunakannya.
kegiatan-kegiatan seperti jenayah siber,hacker, pornographic dan sebagainya merupakan contoh-contoh kegiatan tidak sihat yang dilakukan melalui talian internet.
para mahasiswa sepatutnya perlu bijak menggunakan kemudahan dan kelebihan ini, kerana mereka adalah generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara suatu hari nanti. jika perkara-perkara sebegini tidak dibendung dari awal lagi, pelbagai masalah sosial akan melanda dalam negara kita.

Noor Laila Kasmawati bt. Muhammad Zain said...

Komen Dari : NOOR LAILA KASMAWATI BINTI MUHAMMAD ZAIN

No. Matrik : 202149

Penyalahgunaan kemudahan internet sering diwar-warkan oleh semua golongan masyarakat dan sering dikaitkan dengan golongan pelajar peringkat sekolah dan pelajar pusat pengajian tinggi. Masalah ini semakin berleluasa dengan kemudahan capaian kepada internet pada masa kini. Contohnya jika anda ke kopitiam atau cafe ataupun kedai mamak turut disediakan kemudahan wifi untuk capaian ke internet. Hal ini membolehkan capaian ke internet pada bila-bila masa tanpa halangan dan ini membolehkan kegiatan-kegiatan seperti hacker, pornographic, jenayah siber(seperti skim cepat kaya) dan sebagainya dapat dijalankan dengan mudah. Perkara ini seharusnya mendapat pantauan dari pihak berwajib agar masalah ini dapat dibendung.

Mohd efendy Bin Hj.Daud said...

Komen Dari : MOHD EFENDY DAUD

No. Matrik : 202171

Masalah penggunaan internet sering dikaitkan dengan golongan pelajar. Masalah ini semakin ketara kerana internet mula disalahgunakan oleh para pelajar. WiFi pula mudah dicapai...Contohnya dikopitiam, cafe, sekolah, hatta kedai mamak turut menyediakan kemudahan ini untuk capaian ke internet. Hal ini membolehkan capaian ke internet pada bila-bila masa tanpa had dan ini membolehkan kegiatan-kegiatan seperti hacker, pornographic, jenayah siber dan sebagainya dapat dijalankan dengan mudah. Perkara ini seharusnya mendapat perhatian dan pemantauan dari pihak berwajib agar masalah ini dapat dibendung dengan segera dan lebih berkesan agar negara kita bebas daripada pengaruh negatif yang tersebar melalui Internet.

sallehyusof said...

era globalisasi yang semakin mendapat perhatian ,perkembangan ict & teknologi yang semakin memonopoli kehidupan kita tak dapat tidak kita terkena tempiasnya,sememangnya internet mempunyai baik dan buruknya .oleh itu tepuk dada tanya iman kita ,bila kita mengguna internet.

sallehyusof said...

era globalisasi yang semakin mendapat perhatian ,perkembangan ict & teknologi yang semakin memonopoli kehidupan kita tak dapat tidak kita terkena tempiasnya,sememangnya internet mempunyai baik dan buruknya .oleh itu tepuk dada tanya iman kita ,bila kita mengguna internet.

Zalina Hassan Zamri said...

salam,
penyalahgunaan internet dikalangan pelajar memberikan kesan buruk kepada mereka kerana keadaan tersebut mendorong mereka membuat perkara negatif.