THIS BLOG IS FOR SGDT 3023 ICT IN EDUCATION

Wednesday, January 13, 2010

ARTIKEL UNTUK DIKOMEN 1

Tajuk : Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan
http://www.scribd.com/doc/3825793/Teknologi-Maklumat-Dalam-Pendidikan

PENDAHULUAN

Perkembangan Teknologi Maklumat begitu dinamik termasuk juga di bidang pendidikan. Sebagai seorang pendidik, kita perlu menguasai kemahiran Teknologi Maklumat dalam menyempurnakan tugas proses pengajaran dan pembelajaran. Era teknologi maklumat di zaman ini merupakan satu pembaharuan yang telah memberikan kesan yang mempengaruhi perkembangan sesebuah organisasi yang bergantung kepada teknologi ini. Informasi memberikan maksud data yang telah diproses menjadi panduan dan juga landasan bagi membuat sesuatu keputusan seperti yang dinyatakan oleh Davis dan Olson “a data that has been processed into a form that is meaningful to the recipient and is of real perceived value in current or perspective decisions”. Maklumat (Information) ialah data yang telah disusun supaya ia mempunyai maksud dan nilai kepada penerima. Penerima mentafsir maksud serta membuat kesimpulan dan implikasinya. Data yang diproses oleh sesuatu program aplikasi menggambarkan kegunaannya yang lebih spesifik dan mempunyai nilai tambah berbanding capaian ringkas daripada sesebuah pangkalan data. Maklumat juga boleh didefinisikan sebagai satu data yang boleh digunapakai dan dieksploitasi untuk mencari maklumat baru sehingga berjaya mengubah ataupun menambah sesuatu keputusan yang telah dibuat. Maklumat juga boleh mengurangkan keraguan dan juga kekeliruan berkaitan sesuatu perkara, kenyataan dan juga kejadian yang berlaku. Teknologi pula boleh difahami sebagai satu mekanisme atau kaedah baru dalam melakukan atau menghasilkan sesuatu yang mana ianya melibatkan ilmu pengetahuan dan juga kepakaran yang pelbagai. Teknologi membawa kepada perubahan yang besar dengan kualiti dan kuantiti sesebuah produk dihasilkan bersama. Teknologi maklumat pula bermaksud kepakaran dalam bidang pengurusan dan bermula daripada penghasilan sehinggalah penyampaian ke Teknologi Maklumat dalam Pendidikan pengguna terakhir dan ianya berkesinambungan dan berterusan sehinggalah objektif tercapai. Teknologi maklumat (IT) sangat relevan dan penting kepada sesebuah organisasi yang ingin syarikatnya berkembang dan berdaya saing di peringkat antarabangsa. Dewasa ini, di Malaysia khususnya, banyak syarikat telah berlumba-lumba untuk menggunakan teknologi maklumat ini secara maksima dan ianya amat jelas diaplikasikan pada syarikat yang berskala besar. Ia juga tidak terkecuali di dalam bidang pendidikan. Sedar atau tidak, ia telah menjadi satu gelombang yang telah mempengaruhi pendidikan di negara kita dari segi penyediaan infrastruktur juga kepada pengajaran dan pembelajaran. Pihak Kementerian Pelajaran mula memberikan penekanan kepada aspek ini dan dengan itu, wujudnya sekolah bestari di Malaysia, makmal komputer di sekolah – sekolah dan penggubalan kurikulum pelajaran yang berasaskan teknologi maklumat.

4 ulasan:

NurulHuda Mohd Adanan said...

pada pendapat saya proses p&p sememangnya memerlukan IT bagi memberi kesan yang lebih efektif dalam bilik darjah. selain itu juga corak pengajran dan pembelajaran yang berbeza akan memberi suasana pembelajaran yang kondusif dan impak yang berbeza terhadap pelajar.


oleh: Nurulhuda Mohd Adanan

zuriah said...

Zuriah(202092)
Salam..
Dalam era globalisasi ini IT penting dalam P&P kerana ia menwujudkan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan efektif dalam bilik darjah.Oleh itu,para pendidik perlu memantapkan lagi ilmu IT dalam pengajaran dalam bilik darjah.Ia akan memberi suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan impak kesan yang berbeza terhadap pelajar.

Mohd Shafawi said...

Pendidikan di era abad ke 21 ini sudah semestinya penggunaan ICT di dalam P&P adalah sangat penting kerana guru perlu mendapatkan maklumat-maklumat terkini dan pelbagai. Begitu juga pelajar, mereka perlu didedahkan dengan bermacam-macam ilmu dan maklumat terbaru dalam apa jua subjek yang mereka pelajari. Apa yang penting penggunaan ICT tidak disalahgunakan.

Wan Saadah said...

Assalamualaikm...
Penggunaan ICT amat diperlukan dalam dunia pendidikan hari ini.Walaubagaimanapun sempanan keimanan perlu dititikberatkan untuk melayari ICT ini kerana di samping kebaikan ada keburukan.