THIS BLOG IS FOR SGDT 3023 ICT IN EDUCATION

Friday, March 12, 2010

PANDUAN MEMILIH ISTERI




"Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah." (Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a
Mengapakah teruna memilih gadis jelita? Kata orang, gadis seperti ini menyejukkan serta menggembirakan hati. Betulkah begitu?

Gadis itu pada asasnya bererti wanita yang belum bernikah. Walaupun begitu, perkataan 'gadis' juga digunakan bagi menggambarkan kesucian seseorang wanita. Wanita yang sudah ternoda sebelum berkahwin digelar 'sudah tiada gadis' atau 'sudah tiada dara'. Umumnya, pengertian pertama iaitu wanita yang belum bernikah digunakan secara formal sedangkan yang kedua itu adalah gelaran yang diberikan secara berbisik-bisik.

Alam gadis merupakan alam yang paling manis bagi seseorang wanita. Semasa inilah seseorang wanita itu akan mencapai tahap mekarnya dan keayuannya. Pada masa inilah wanita itu mula dipanggil 'bergetah' jika kita hendak meminjam bidalan Soekarno. Bila dipandang, banyak hati lelaki akan tergoda. Ada gadis yang 'boleh tahan' dan ada gadis yang 'tak boleh tahan'. Gadis yang 'boleh tahan' biasanya dianggap manis tapi tidaklah jelita. Yang 'tak boleh tahan' pula adalah gadis yang sungguh cantik menawan. Ramai lelaki yang tergoda kepada gadis 'tak boleh tahan' ini apatah lagi jika gadis itu sendiri pandai pula menggoda dan mempermainkan perasaan lelaki. Tidak dapat dinafikan bahawa lelaki teruna sememangnya tertarik pada rupa dan bentuk fizikal gadis. Itulah yang menjadi asas mengapa mereka lebih memberi perhatian. Ada orang berpendapat bahawa gadis yang cantik lebih beruntung kerana lelaki melayaninya dengan lebih baik, mesra dan lemah-lembut.

Janganlah sekali-kali seorang lelaki berduaan saja dengan seorang wanita, melainkan dengan didampingi seorang muhrim. - Hadis Rasulullah riwayat Bukhari dari Ibnu Abbas r.a.

Biasanya teruna akan terpikat dan terpesona dengan kecantikan si gadis dahulu, kemudian barulah si teruna menyelidiki perangai si gadis. Ini menyebabkan ramai lelaki terperangkap, menyesal atau menderita, terutamanya bila sudah terlanjur dan tidak boleh berundur lagi sedangkan baru tahu bahawa si gadis itu teruk perangainya atau sudah ternoda. Walaupun 'mata yang belum berisi pengalaman' itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini.

Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:

Elakkan Dari Berkawan Dengannya

Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya 'baik, sopan dan elok' apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa: 'Yang bercahaya tidak semestinya emas' dan 'Yang cantik tidaklah semestinya permata'. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. (Bidalan ltali).

Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas. Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil 'merisik' ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan 'menyelidik' dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.

Cari Yang Duduk Bersama lbu bapa
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur - unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. - Bidalan Cina

Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi 'wanita' dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. - Bidalan Jerman

Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah 'lupa' masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.


Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang. Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan

Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. - Bidalan Serbia

Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama. Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang 'tak boleh tahan'. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

Bertunang Jangan Lama
Bila anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis. Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. - Bidalan Itali

Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda
Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibu bapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja. Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, ibu bapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.

Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman

Elakkan Dari Terlalu Cemburu
Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

Layan Dia Dengan Baik
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.

Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidalan Tamil

Bertanggungjawab
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.


**Sumber : kelantan.net

Saturday, February 27, 2010

LUAHAN RASAKU...

Berakhirnya satu penantian.. Alhamdulillah, yang dinanti2 n dtunggu2 dah pn berakhir arini..peksa dah abis, argh....!!!! lepaskan segala yang t'buku n t'pendam..bkn pe, skadar nk release tension ku ini.. blh jwb ke x? yg lepas,biarkan berlalu.. jnji tgjwb kita as a student dah t'tunai.. redha je laa klu xleh jwb pun.. huhu... mmm, so pasni blh laa relax sket..relax minda.. dpt plk cuti sbulan.. cuti study,bkn cuti skolah tau.. so,cuti skolah tgh bln ni blh laa pg cuti-cuti malaysia ngn famili msg2.. yg nak kawen dlm cuti ni, slmt pengantin baru diucapkan..

Kerja kat skolah? emmm,byk laa jgk.. tmbh2 plk kt skolh br ni kna ajar subjek bi.. kna prepared lah mn yg ptt sbb xpnh mngajr bi sblm ni.. tp bila bkerja n bljr dlm masa yang sama sdikit sbanyak bg effect pd diri (bgku laa,org lain xtau laa pulek)...tp apa2 pun subjek ICT IN EDUCATION ni mmg interesting sgt (wlpn exam xleh jwb, huhu..sdeyh) n telah byk m'dpt imput berguna spnjang mengikuti kursus ini.. nah, lihatlah hasilnya.. dr ktorg ni zero, xtau ape2 xpraktik n xtau psl blog, access n publisher, skang smua dah ada sorang satu.. dl mmg xde blog, skng dah ade dah (canggih plk tu) dr xtau lgsug psl access dah tau buat dah skang, buat buletin pkai publisher mmg xterfikir akan blajar smua ni dlm kuliah En Nan..

Ikhlas ckp laa, sy mmg xpnh buat presentation sblm ni sbb self-confident kurang dlm diri, tp dlm kuliah En Nan sy blh lakukan presentation utk tugasan ms access (wlpn org xbrape nk paham sgt).. mmm, klu nk story mmg xabis.. sng crita mmg byk pembaharuan dlm diri (diriku laa, yg lain xtau).. thanks a lot En Nan coz menjadikan diriku dan rakan ku insan yg celik IT sterusnya boleh menggunakan ilmu yang diajar untuk mengajar anak didik kami pula..
i'm proud to be apart of this...

BULLETIN TERBITANKU...

Saturday, February 13, 2010

PERLU DIBERI PERHATIAN!!! RAHSIA DISEBALIK TARIAN POCO-POCO YANG SEBENARNYA BERBENTUK SALIB!!


Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dengan izinNya. Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tentang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yang beragama Islam terutama ketika manghadiri kursus. Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yang beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib. Mungkin kita tidak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yang baru tanpa usul periksa.

Inilah cara musuh-musuh Islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. Cuma tarian poco-poco ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama-sama fikirkan. Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan daripada kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak menarikan lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini, asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini, agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan keasyikkan menarikan tarian ini.

Dipetik dari sumber iluvislam.com

Wednesday, February 10, 2010

KETAHUILAH TENTANG KELEBIHAN VITAMIN C DALAM ROSELLE...


Roselle
(hibiscus sabdariffa), atau dikenali sebagai pokok asam paya merupakan tumbuhan yang amat tinggi kandungan vitamin C melebihi 20 kali ganda dari yang terdapat dalam keluarga limau (citrus). Vitamin C merupakan anti-oksidan yang terbaik bagi mencegah kerosakan sel hasil dari proses oksidatif dan tindakbalas kimia dalam tubuh. Ia juga sejenis vitamin larut air. Sekiranya diambil berlebihan ia akan dikumuhkan melalui air kencing sahaja.


Roselle tumbuh meliar dengan banyaknya di Sudan. Antara kelebihan Roselle adalah :

1. Anti-penuaan (anti-aging)
Banyak saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia meminimakan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas.

2. Pencegahan penyakit kardiovaskular
Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia. Dikenali sebagai ‘the silent killer’. Proses oksidan juga menyebabkan kolesterol LDL1 menebal di arteri2 menyebabkan berlaku kesumbatan arteri. Ini menyebabkan terjadinya penyakit arteriosklerosis3 dan trombosis4 yang membawa maut. Ia juga menjadi punca penyakit tekanan darah tinggi.

3. Pencegahan kanser
Masyarakat yang tinggal di kawasan bandar dan industri terdedah kepada pelbagai pencemaran radiasi, makanan, air dan udara. Risiko terjadinya kanser amat tinggi. Pengambilan Roselle amat baik untuk tujuan pencegahan terutama kanser ‘gastrointestinal’. Mereka yang sering terdedah kepada asap rokok dan pencemaran udara perlu mengambil Roselle sebagai usaha pencegahan penyakit ini.

4. Demam panas dan selsema terutama pada anak-anak kecil
Roselle cepat meredakan panas badan. Daun dan buahnya yang segar boleh dibuat penjaram5, di samping diminum sebagai jus. Rasanya yang masam-masam manis menjadi kegemaran tua dan muda, khasnya anak-anak.

5. Resdung (alergi) dan asma (lelah)
Mempercepatkan proses kesembuhan terutama bersin pagi, mata berair, hidung tersumbat serta gatal-gatal muka adalah menjadi tugas Roselle. Pengambilan bersama herba anti-histamin seperti coscinium plus menambahkan lagi kesan penyembuhan. Roselle juga dipercayai mampu menghilangkan asma serta alergi jika diamalkan berterusan.

6. Stress atau sukar tidur (insomnia)
Stress merupakan masalah rutin masyarakat hari ini. Mereka yang stress kronik perlu mengambil 4–5 biji Roselle setiap hari sebelum tidur. Ia akan bertindak menurunkan suhu badan dan mempengaruhi mood pesakit. Bertindak sebagai ‘penenang’, ia juga mengurangkan dengkur kuat semasa tidur. Roselle juga digunakan sebagai pengubat luka, selepas pembedahan, kecederaan dan lain-lain lagi.

Sumber Oleh: hpaonline

Monday, February 01, 2010

RAHSIA SUJUD : PERKEMBANGAN OTAK

Persatuan Islam Kebangsaan Malaysia (MICNA) Jordan mengenal pasti sesiapa yang tidak menunaikan sembahyang maka otaknya tidak dapat menerima darah secukupnya untuk berfungsi secara sempurna. Jurucakap MICNA Jordan berkata, ini bererti darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan ketika seseorang itu sujud ketika solat.





Di dalam Majalah Buletin Bulanan MICNA, jurucakap persatuan ini membuat kenyataan bahawa;
"Darah akan memasuki bahagian urat tersebut mengikut kadar solat yang telah diwajibkan oleh Islam".
Ini diakui sendiri oleh seorang doktor neurologi di Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban di dalam penyelidikannya itu. Doktor tersebut mendapati dalam kajiannya urat pada saraf manusia memerlukan darah untuk beberapa sukatan tertentu sahaja.

Doktor neurologi tersebut tertarik untuk memeluk Islam semasa membuat kajian saraf yang dilakukan, iaitu terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia tidak dimasuki darah walaupun sepatutnya setiap inci otak manusia memerlukan darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.

Kini doktor tersebut memeluk Islam dan beliau telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan melalui- Al-Quran". Beliau juga membuat ubat-ubatan berdasarkan kajian melalui Al-Quran dan Hadis Nabawi. Di antara kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black Seed).

Manusia yang tidak bersembahyang apatah lagi yang bukan Islam, walaupun akal mereka berfungsi secara normal tetapi sebenarnya mereka akan hilang pertimbangan apabila membuat keputusan secara normal.

Justeru itu, tidak hairan ada di antara manusia kadang-kadang tidak segan silu untuk melakukan perkara bertentangan dengan fitrah kejadiannya walaupun akal mereka mengetahui perkara yang akan dilakukan adalah salah. Ini kerana otak mereka tidak boleh mempertimbangkannya secara normal......


Dipetik dari sumber iluvislam.com

Friday, January 22, 2010

Renungan Bersama....


Jejak-Jejak Kejayaan


SEDUTAN SAJAK DARIPADA NOVEL JULIA


Yakinlah kepada Tuhan
Tidak semua yang kita rancang menjadi kenyataan
kerana

itulah fitrahnya

atau tiba-tiba sahaja halangan mendatang
kita harus percaya
ini tidak bermakna
berakhir segala-galanya
dan akhirnya
kita akan muncul

di tangga teratas
Jadi biar apa pun yang kita lakukan
jangan mengalah
kita mesti teruskan usaha
biar bagaimanapun hidup kita beredar
kerana apa yang menanti kita di hadapan sana
tiada siapa yang tahu
kita harus percaya
bahawa yang baik itu pasti akan menang
dan tidak lama lagi
ada sebab untuk kita bergembira
jadi, biar apa pun yang kita lakukan
jangan mengalah!

ARTIKEL UNTUK DIKOMEN 4

Tajuk : Penyalahgunaan Internet di Kalangan Mahasiswa
http://www.scribd.com/doc/13408124/PENYALAHGUNAAN-INTERNET-DI-KALANGAN-MAHASISWA-KAJIAN-KES-DI-UiTM

ABSTRAK

Penyalahgunaan Internet telah berlaku hampir di seluruh dunia hari ini termasuk di kalangan masyarakat Malaysia. Ini menunjukkan bahawa masih ada pengguna Internet yang tidak tahu bagaimana untuk mengawal tingkah laku mereka semasa menggunakan teknologi Internet. Pastinya penyalahgunaan Internet sebegini telah menimbulkan gambaran negatif kepada manusia yang tidak mengetahui tentang Internet. Pusat Keselamatan Siber Malaysia (NISER) yang merupakan sebuah institusi yang mengendalikan keselamatan teknologi maklumat dan komunikasi negara mengesan lebih 1,200 aduan membabitkan jenayah Internet melalui Pusat Aduan Awamnya sepanjang tahun 2006, yang sebahagian besar membabitkan kes penipuan siber, termasuk pelaburan haram melalui Internet. Berdasarkan kepada sumber dan laporan di atas, maka penyalahgunaan Internet adalah di anggap sebagai satu jenayah yang perlu diberi perhatian serius. Namun oleh kerana jenayah tersebut dilakukan melalui Internet atau alam siber maka ia dinamakan jenayah siber. Kajian ini membentangkan sejauh mana jenayah siber telah berlaku di Malaysia dalam konteks mahasiswa. Dua kaedah telah digunakan dalam menjalankan penyelidikan ini iaitu kaedah analisis dokumen dan soal selidik. Kaedah persampelan yang digunakan ialah Persampelan Kawasan atau Area Sampling dan saiz sampel didapatkan melalui kaedah Persampelan Quota. Daripada analisa yang telah dibuat, kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat jenayah-jenayah siber yang agak berat di kalangan mahasiswa, namun masih ada segelintir mahasiswa yang masih melakukan beberapa jenayah siber yang lain walaupun sedikit. Ini memerlukan keprihatinan semua pihak khususnya mereka yang terlibat dalam institusi pendidikan dan ICT di Malaysia.

ARTIKEL UNTUK DIKOMEN 3

Tajuk : Penggunaan Komputer dalam P&P
http://74.125.155.132/search?q=cache:8VMiqnx95ccJ:www.pibgsekolah.com/anaini/file/KAJIAN%2520KES.doc+penggunaan+komputer+dalam+pengajaran+dan+pembelajaran&cd=4&hl=en&ct=clnk&gl=my

ABSTRAK

Penggunaan komputer dan pelbagai perisian telah banyak digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini telah memberi impak terhadap pendidikan di Malaysia. Bagi membantu guru-guru sains dan matematik melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matemtik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), pihak kementerian telah membekalkan peralatan ICT ke sekolah-sekolah termasuk CD perisian kursus. Guru-guru juga telah dihantar mengikuti kursus pendedahan penggunaan komputer termasuk penggunaan internet dalam pengajaran. Sekolah-sekolah juga telah dilengkapkan dengan kemudahan talian internet tanpa wayar bagi kemudahan guru-guru dan pelajar menggunakan internet dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini merupakan kajian tinjauan tentang tahap penggunaan media komputer dalam pengajaran sains dan matematik di kalangan guru-guru sains dan matematik daerah Temerloh. Fokus diberikan ke atas penggunaan perisian kursus dan internet. Respondennya terdiri daripada 18 orang guru sains dan 15 orang guru matematik daripada empat buah sekolah di daerah Temerloh. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik dan analisa dibuat dalam bentuk peratusan. Kajian bertujuan untuk melihat sejauh mana guru-guru sains dan matematik menggunakan perisian kursus yang dibekalkan dan kemudahan internet dalam pengajaran mereka. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru sains telah menyahut cabaran ini dengan baik di mana 83% daripada guru-guru selalu menggunakan perisian kursus yang dibekalkan dalam pengajaran mereka. Namun dalam kalangan guru-guru matematik ia masih dalam kategori sederhana. Hanya 62% guru-guru menggunakannya. Penggunaan internet masih berada pada tahap yang rendah iaitu 31% dikalangan guru-guru sains dan 22% di kalangan guru-guru matematik. Beberapa cadangan diberikan bagi membantu guru-guru menggunakan kedua-dua kemudahan ini dengan lebih kerap dan berkesan.


Tuesday, January 19, 2010

ARTIKEL UNTUK DIKOMEN 2


PENDAHULUAN

Secara umum perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan adalah ekoran daripada perubahan kemajuan ciptaan manusia. Perubahan kini apa yang dikatakan sebagai ‘gelombang ketiga’ diperkatakan oleh Alvin Toffler (1983) merupakan suatu perubahan kepada tamadun dunia.Perubahan ini adalah perubahan kepada tamadun manusia menuju abad ke-21. Sebagai contoh perkembangan teknologi komputer dan selanjutkan perkembangan ICT (Information Communication and Technology) telah banyak mempengaruhi sistem pendidikan kini. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi maklumat telah memangkinkan pembangunan ekonomi, fizikal, sistem komunikasi dan telekomunikasi, pengangkutan, elektronik serta robotik dengan meluas dan pantas. Kemajuan ini jelas diperhatikan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, Jerman, Perancis, Jepun dan Korea. Oleh yang demikian, Matnor Daim (1997) menyatakan bahawa pembelajaran di abad 21 akan banyak bergantung kepada teknologi maklumat khususnya penggunaan komputer. Perubahan ini secara langsung melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran dan pentadbiran pendidikan. Perkembangan teknologi komputer dan internet dalam system pendidikan telah meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran. Strategi pembelajaran menggunakan komputer dan internet dalam pendidikan menunjukkan banyak peningkatan dari segi pengetahuan, kecekapan dan kemahiran. Banyak kajian-kajian berasaskan komputer dan multimedia dan internet yang disebut sebagai pembelajaran berasaskan computer meninggalkan kesan positif terhadap proses pembelajaran (Tylor, 1980). Namun demikian, realiti impirikal di pusat pengajian tinggi memperlihatkan proses pembelajaran tidak digunakan secara optima dan memanfaatkan sumber pembelajaran melalui internet dan pusat sumber elektronik, karena dalam proses pembelajaran di pusat pengajian tinggi masih ada kecenderungan pembelajaran berpusat pada pensyarah (teacher centered), ‘textbook centered’, dan ‘monomedia’. Adalah tidak dapat dipersalahkan apabila terdapat ramai pelajar mengganggap proses pembelajaran di pusat pengajian tinggi sebagai sesuatu yang membosankan. Sebenarnya pendidikan dipusat pengajian tinggi merupakan ‘synthetic science’, karena konsep, generalisasi, dan temuan-temuan penelitian ditentukan atau diobservasi setelah fakta yang terjadi. Informasi fakta tentang kehidupan sosial atau masalah-masalah kontemprori yang terjadi di masyarakat dapat ditemukan dalam penerokaan (exposure) media massa, karena media massa diyakini dapat menggambarkan realiti sosial dalam berbagai aspek kehidupan.