THIS BLOG IS FOR SGDT 3023 ICT IN EDUCATION

Friday, January 22, 2010

ARTIKEL UNTUK DIKOMEN 3

Tajuk : Penggunaan Komputer dalam P&P
http://74.125.155.132/search?q=cache:8VMiqnx95ccJ:www.pibgsekolah.com/anaini/file/KAJIAN%2520KES.doc+penggunaan+komputer+dalam+pengajaran+dan+pembelajaran&cd=4&hl=en&ct=clnk&gl=my

ABSTRAK

Penggunaan komputer dan pelbagai perisian telah banyak digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini telah memberi impak terhadap pendidikan di Malaysia. Bagi membantu guru-guru sains dan matematik melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matemtik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), pihak kementerian telah membekalkan peralatan ICT ke sekolah-sekolah termasuk CD perisian kursus. Guru-guru juga telah dihantar mengikuti kursus pendedahan penggunaan komputer termasuk penggunaan internet dalam pengajaran. Sekolah-sekolah juga telah dilengkapkan dengan kemudahan talian internet tanpa wayar bagi kemudahan guru-guru dan pelajar menggunakan internet dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini merupakan kajian tinjauan tentang tahap penggunaan media komputer dalam pengajaran sains dan matematik di kalangan guru-guru sains dan matematik daerah Temerloh. Fokus diberikan ke atas penggunaan perisian kursus dan internet. Respondennya terdiri daripada 18 orang guru sains dan 15 orang guru matematik daripada empat buah sekolah di daerah Temerloh. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik dan analisa dibuat dalam bentuk peratusan. Kajian bertujuan untuk melihat sejauh mana guru-guru sains dan matematik menggunakan perisian kursus yang dibekalkan dan kemudahan internet dalam pengajaran mereka. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru sains telah menyahut cabaran ini dengan baik di mana 83% daripada guru-guru selalu menggunakan perisian kursus yang dibekalkan dalam pengajaran mereka. Namun dalam kalangan guru-guru matematik ia masih dalam kategori sederhana. Hanya 62% guru-guru menggunakannya. Penggunaan internet masih berada pada tahap yang rendah iaitu 31% dikalangan guru-guru sains dan 22% di kalangan guru-guru matematik. Beberapa cadangan diberikan bagi membantu guru-guru menggunakan kedua-dua kemudahan ini dengan lebih kerap dan berkesan.


6 ulasan:

Mohd Fikry 202168 said...

Setiap kali ingin memulakan kelas, saya sentiasa terfikir idea untuk menggunakan ICT dalam kelas ini, antaranya tayangan animasi berkenaan subjek (Sains), simulasi yang boleh dipaparkan berkenaan topik tertentu dan penggunaan Internet sebagai sumber transformasi ilmu kepada pelajar2. Memang tidak dinafikan kaedah ini bukan sahaja memudahkan proses pnp akan tetapi meningkatkn lgi minat pelajar untuk meneroka ilmu dan maklumat atas inisiatif dan idea mereka sendiri.

Akan tetapi saya meliht faktor lain juga memainkan peranan dalam hal ini. Sekiranya kita membincangkan tentang integrasi ICT dalam pedadogi dan pentdbiran sekolah, kita perlu 'down to earth' terjun menyelami beberapa persoalan reliti antaranya:
1. berapa peratuskah sekolah di malaysia ini dibekalkan dengan kemudahan teknologi ini. Sekolah YIK kita ni, berapa %?
2. Sejauh manakah kemahiran ICT ini telah dikuasai oleh kita sebagai guru?
3. Sejauh manakah peruntukan kewangan telah disalurkan dalam pembangunan ICT ke sekolah2 di negara ini? peruntukan untuk sekolah agama rakyat? Apakah hasilnya hingga kini..?

Itu adlah perspektif saya secra peribadi sahaja. pohon idea rakan2 untk tambah, komen, kritik atau apa sahaja yang dirasakan sesuai untuk sama2 berkongsi ilmu.

Siti Nurfadhilah Abdul Ghani No Matrik : 202125 said...

Mengikut kajian-kajian lepas, memang tidak dinafikan penggunaan komputer dalam p&p boleh membantu meningkatkan pencapaian dan sikap atau minat pelajar untuk belajar.
tetapi...
seperti persoalan yang telah ditimbulkan cikgu fikri banyak faktor lain yang menjadikan kekangan bagi guru-guru untuk mengaplikasikan ict dalam proses p&p.Contohnya seperti di sekolah YIK, kita kekurangan kemudahan peralatan dan tiada bilik khusus.
Jadi kita guru kadang-kadang terpaksa melupakan hasrat untuk menggunakan ict dalam pengajaran.

Arwa Dina Ghazali said...

saya juga bersetuju dan sesekali tidak menafikan penggunaan ict dapat membantu menarik minat pelajar. namun bagi saya penggunaan ict ini lebih banyak membantu pelajar di bandar sahaja yang tahu menggunakan komputer dan mempunyai kemudahan tersebut. namun bagi pelajar di luar bandar ataupun pelajar yang mempunyai taraf hidup rendah,berkumungkinan besar, mereka lansung tdk mengenali komputer dan tidak berminat menggunakan komputer semasa belajar. sebelum didedahkan dengan penggunaan ict semasa belajar,eloklah dulu didedahkan pelajar dengan cara-cara menggunakan komputer. seperti juga usaha memperkasakan bahasa inggeris dengan menerapkan penggunaannya dalam sains dan matematik, sepatutnya haruslah diperkasakan dahulu pengusaan pelajar melalui mata pelajaran bi itu sdr dahulu.jangan yang dikejar xdapat,yg dikendong berciciran.

Suzana Abdul Rahman (202083) said...

Sememangnya penggunaan komputer amat penting dalam bidang pendidikan di era ini. Manakala cara menggunakannya juga perlu dititik beratkan bagi memudahkan guru-guru dan pelajar mendapat manafaat daripada kemudahan yang dibekalkan oleh pihak kementerian bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
contohnya dalam kaedah pengajaran sains dan matematik.

Mohd Shafawi said...

Assalamualaikum.
Penggunaan komputer adalah salah satu daripada bahan bantu mengajar (bbm). Ia adalah adalah sangat perlu agar p&p selari dengan perubahan semasa. Guru yang kreatif akan menggunakan apa sahaja bahan bagi menjadikan pengajaran menarik dan berkesan. Apa yang penting guru perlu diberi panduan bagaimana untuk menggunakannya.

Zalina Hassan Zamri said...

penggunaan komputer merupakan bukan perkara baru dalam pendidikan dan hampir disetiap sekolah memiliki kemudahan pengguaan peralatan komputer. penggunaan komputer amat membantu guru di dalam p&p dan mampu menarik perhatian pelajar kerana mempunyai audio dan visual.